Klang: Jika pasar tani sebelum ini menjadi tumpuan orang ramai untuk
membeli barangan keperluan dapur, namun lain pula bagi pasangan Mohd
Awis Al-Qarni Tamran dan Nur Darina Khalid yang memilih lokasi berkenaan
untuk meraikan hari bahagia mereka.
Pasangan masing-masing berusia 28 tahun yang diijabkabulkan 11
November lalu memilih Pasar Tani Sri Andalas, di sini, kelmarin, bagi
berkongsi hari bersejarah mereka bersama peserta dan pengunjung pasar
tani.
Nur Darina yang juga pembantu pasar tani berkata, jodohnya itu
ditentukan keluarga kedua-dua pihak, namun sering melihat suaminya
berniaga di pasar tani pada setiap Sabtu sejak berusia enam tahun.
“Ketika kecil dulu, saya sering melihat suami di pasar tani ini kerana dia membantu ayahnya berniaga dan kadangkala melihatnya di kawasan kampung kerana kami berasal dari kampung sama.
“Ketika kecil dulu, saya sering melihat suami di pasar tani ini kerana dia membantu ayahnya berniaga dan kadangkala melihatnya di kawasan kampung kerana kami berasal dari kampung sama.
PASANGAN Mohd Awis Al-Qarni dan Nur Darina di tapak Pasar Tani Taman Sri Andalas.
“Ketika dimaklumkan ibu bahawa suami berhasrat memperisterikan saya, saya menerimanya kerana yakin dia seorang yang baik tambahan pula sifatnya yang pemalu membuatkan hati saya jatuh cinta selain tahu kesungguhannya mencari rezeki,” katanya.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan