25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
|
LONDON - Pembuat kereta terkenal Eropah, Volkswagen bakal
menghasilkan sebuah kereta hibrid Volkswagen XL1 yang amat menjimatkan
minyak, lapor akhbar The Sun semalam.
Ia dikuasakan enjin diesel 800cc dan mampu mencapai kelajuan 0 hingga
100 kilometer sejam (km/j) pada meter laju dalam tempoh 11.9 saat
dengan kelajuan maksimum 159 km/j.
Badan Volkswagen XL1 diperbuat daripada gentian karbon dan cermin hadapannya dikatakan paling nipis di dunia.
Kenderaan dua tempat duduk yang mempunyai ketinggian 1.18 meter dan
berat 800 kilogram itu mampu bergerak sejauh 48km menggunakan tenaga
diesel elektrik.
Sementara itu, tangki minyak Volkswagen XL1 hanya mampu mengisi 10 liter bahan api.
Kereta itu bergerak dari London ke Leeds sejauh 313.82 kilometer dengan kos minyak sebanyak £4 (RM18.67).
Syarikat pengeluar kereta Volkswagen itu membelanjakan £1 bilion
(RM4.67 bilion) selama lebih 15 tahun untuk menjadikan badan kereta
berkenaan ringan dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan minyak.
Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Volkswagen, Dr. Ulrich Hackenberg
berkata, teknologi kereta model tersebut akan berada di pasaran dalam
tempoh lima tahun lagi. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan