JAKARTA - Beberapa saintis Indonesia menyatakan mereka memantau
dengan teliti sebuah gunung berapi aktif di Pulau Jawa dan menggesa
penduduk kampung dan pelancong tidak menghampiri kawasan itu.
Seorang pakar gunung berapi Indonesia, Hendra Gunawan semalam
berkata, Gunung Tangkuban Perahu di wilayah Jawa Barat itu memuntahkan
debu dan asap hampir 500 meter ke langit sejak Isnin lalu.
Amaran tentang gunung itu kini berada pada tahap kedua tertinggi.
Bagaimanapun, gunung berapi itu tidak mengeluarkan lahar dan tidak memberi ancaman ke atas kampung serta pekan berhampiran.
Namun, pihak berkuasa menasihatkan para pelancong agar berada 1.5
kilometer dari kawah kerana khuatir gunung berapi tersebut mengeluarkan
gas yang beracun.
Gunung Tangkuban Perahu yang memiliki ketinggian 2,084 meter merupakan antara lokasi tarikan pelancong terkenal di Pulau Jawa.
Kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 1983. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan