25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:
“Adalah dimaklumkan bahawa semua anggota HKL adalah dilarang menampal
apa-apa bentuk pelekat (sticker) atau logo pihak parti pembangkang
samada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam
premis HKL. Larangan ini berkuatkuasa serta-merta.”
Itulah yang tertera di dalam sepucuk surat Hospital Kuala Lumpur bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Binti Mohd Zain.
Menurut TV Selangor, perkara itu disahkan oleh pejabat Timbalan Pengarah HKL dan Pembantunya, Nur Hazlin Mohd Yunus.
Yang menariknya tidak ada sebarang sebab diberikan oleh surat pekeliling itu samada ia membahayakan kesihatan atau punca kemalangan.
Surat itu juga mengandungi arahan kepada Ketua Jabatan/Ketua Bahagian/Ketua Unit untuk menasihatkan anggota di bawah Jabatan/seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan sepenuhnya dan memastikan bahawa tiada anggota di bawah seliaan mereka yang melanggar perintah tersebut.
“Tindakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang ingkar terhadap peraturan ini,” tambah surat itu lagi.

harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan