08 Mac 2013

PERPADUAN UMMAH

25 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MO

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، 
 وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

Tuan-tuan Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada tuan-tuan yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Dan janganlah kita semua mati selain dalam keadaan bertaqwa kepada Allah Taala. Marilah sama-sama kita pada hari ini berusaha untuk meningkatkan iman dan amal kita, semoga kehidupan kita diredhai Allah dan beroleh syafaat Rasulullah SAW di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Islam adalah agama yang mendukung kemajuan manusiawi dan tamadunnya yang luhur. Perpaduan di kalangan umat Islam menjadi agenda terpenting dalam pembentukan masyarakat menerusi pengukuhan jaringan sosial yang berteraskan kepada persaudaraan. Dalam Islam tiada masyarakat tanpa persaudaraan sebagaimana tiada ketakwaan tanpa keimanan. Persaudaraan dalam Islam adalah teras bagi pembentukan negara dan perkembangan masyarakat yang maju lagi bertamadun. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. (Riwayat Muslim)

Perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh ummah agar membentuk satu identiti dan menanamkan perasaan cinta dan banggakan negara. Perpaduan umat Islam iaitu berasaskan kepada kesatuan dalaman yang terzahir sebagai pautan kejiwaan dan kerohanian. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:
Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”.

Sidang Jemaah muslimin yang dirahmati Allah,
Perpaduan sesama umat Islam tidak akan tercapai, kecuali dengan mengamalkan sikap tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran, dimantapkan dengan akhlak mulia seperti sayang-menyayangi, yang muda menghormati yang tua, yang tua memuliakan yang muda. Umat Islam seharusnya menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan yang terbaik. Kejayaan Baginda SAW dalam menyatukan bangsa Arab yang bersifat asabiyah melalui ajaran Islam yang mantap telah melahirkan bangsa yang hebat dan kuat dalam sejarah tamadun dunia.
Sejarah membuktikan bahawa pendekatan Rasulullah SAW melalui tindakannya, seperti pembinaan masjid sebagai institusi sosial dalam menjana institusi ummah. Masjid bukan setakat berfungsi sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, malah berperanan sebagai lokasi strategik untuk Baginda menyusun dan membentuk masyarakatnya, membangunkan aqidah umat Islam, melaksanakan urusan syariah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat.
Baginda  juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam menerusi ikatan ukhwah sesama Islam. Kaum Aus dan Khazraj yang begitu lama bersengketa telah berjaya didamaikan. Rasulullah SAW  memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat  yang dirahmati Allah,
Peristiwa Perang Ahzab yang berlaku pada 7 Syawal tahun ke 5 Hijrah telah memberi pengajaran yang besar kepada kita. Peristiwa ini menyaksikan penyatuan golongan yang menentang Islam dalam memerangi Rasulullah SAW. Pengajaran besar perang Ahzab menunjukkan kepada kita bahawa perjuangan Islam pasti akan menghadapi pakatan musuh untuk menghancurkan Islam dengan apa cara sekalipun.  Jika dahulu Madinah diserang daripada segenap arah, maka kita hari ini juga diserang dari pelbagai arah, samada daripada serangan fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.
Pada hari yang mulia ini, saya ingin mengingatkan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam dari segenap sudut. Mereka sedar bahawa kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang dibina. Jika umat Islam hilang identiti, hilang maruah, berada dalam kedegilan atau kejahilan terhadap ajaran Islam yang sebenar, kekotoran jiwa dalam memuja hawa nafsu dan mengutamakan kemaslahatan peribadi, maka akhirnya umat Islam akan menerima nasib yang malang lagi hina di negara sendiri.
Ingatlah, bahawa perkara di atas, mampu memusnahkan daya tahan umat Islam dalam kehidupan beragama, mampu memusnahkan daya fikir yang selari dengan tradisi ilmu. Gerakan ini sebenarnya ialah gerakan jahiliah keberhalaan yang datang semula dalam wajah barunya, jahiliah jelmaan yang membawa mesej yang sama iaitu menjauhkan manusia dengan tuhan yang Maha Esa dan menghancurkan perpaduan umat Islam. Lihat sajalah apa yang berlaku di luar sana seperti di negara Syria, Libya, Iraq dan lain-lain lagi, apabila rakyat berpecah belah, pemimpin dipengaruhi pemikiran dan tindakannya oleh musuh musuh Islam untuk mendapat apa yang diingini, maka negara berada dalam huru-hara dan kehancuran.
            Justeru, marilah sama-sama kita sebagai umat Islam, bersatu padu dan bersepakat dalam semua perkara, serta janganlah kita melampaui batas dalam perkara yang telah dipersetujui. Semangat melampaui baast sebenarnya merupakan pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sesio-politik negara.
Janganlah kerana kita menganut sesuatu ideologi atau fahaman, kita sanggup membakar jambatan perpaduan yang telah lama terbina. Usahlah hanya kerana kepentingan jangka pendek untuk berkuasa, kita sanggup mengadai kuasa yang ada. Ingatlah bahawa umat Islam yang menjiwai makna perpaduan adalah mereka yang sentiasa bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain. Mereka yang mengerti mahalnya harga perpaduan tidak akan membuat tuntutan yang bukan-bukan atau mencetuskan riak-riak permusuhan. Sebaliknya, mereka yang cintakan perpaduan dan keamanan akan meletakkan kepentingan ummah melebihi kepentingan kelompok dan kepartian. Kita sebagai umat Islam tidak  mempunyai sebab dan alasan mengapa umat Islam gagal bangkit membawa perubahan, gagal bangkit memain peranan bagi memartabatkan Islam sebagai addin dan bangkit untuk membebaskan ummah dari ancaman kemusnahan.

Muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,
Perpaduan adalah roh kekuatan Islam kerana ia mewujudkan perasaan kasih sayang, persaudaraan, kedamaian dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat serta saling bantu membantu di antara satu sama lain. Ia juga merupakan nikmat yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan dapat menghimpunkan perasaan serta semangat sehati sejiwa untuk kita sama-sama berganding bahu bagi memakmurkan ummah. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Orang-orang yang penyayang akan disayangi Allah Yang Maha Penyayang. Sayangilah siapa yang ada di atas muka bumi, niscaya kalian akan disayangi oleh siapa yang ada di langit.” (Riwayat at-Tirmizi)

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.  


خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا ﴿٢١﴾
Maksudnya: “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya, Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan terbaik yang wajib kita ikuti. Dalam semua keadaan Rasulullah sentiasa menunjukkan akhlak yang terbaik. Perkara-perkara yang membawa kepada perpaduan ummah hendaklah diutamakan antaranya mengganggap saudara-saudara seagama adalah sebahagian daripada kita. Sikap bantu-membantu meringankan kesusahan saudara-saudara seagama adalah sangat dituntut.
Kita sekarang sedang menghadapi musibah pencerobohan tanah air kita oleh pihak penceroboh asing di Lahat Datu Sabah. Sebilangan anggota keselamatan kita telah terkorban mempertahankan kedaulatan tanah air. Mereka yang terkorban telah meninggalkan isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Walhal mereka mempunyai tanggungjawab terhadap ahli keluarga mereka. Menjadi tanggungjawab kita untuk membantu meringankan beban ahli keluarga yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang tanah air.
Marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kewangan dengan menginfakkan sebahagian rezeki kita dengan mengisi tabung-tabung yang disediakan oleh pihak masjid bagi meringankan beban ahli keluarga pejuang tanah air kita.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
 

Tiada ulasan: