18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
JERANTUT - Generasi kedua tanah rancangan ini berang setelah mereka
merasakan diri mereka tertipu tindakan segelintir pihak yang
menjanjikan sebuah tapak rumah dan rumah kepada mereka sejak dua tahun
lalu.
Justeru itu, di bawah anjuran Ahli Jawatankuasa Bertindak Anak-Anak Peneroka Felda Sungai Retang, satu demonstrasi aman diadakan dan disertai hampir keseluruhan generasi kedua tanah rancangan terbabit.
Ahli jawatankuasanya, Khairul Azlan Alisak berkata, demonstrasi bertujuan menuntut hak mereka yang dijanjikan sebuah tapak rumah dan rumah di mana mereka telah pun membuat bayaran RM35 setiap orang untuk mendapatkan tapak rumah dan rumah terbabit.
“Dengan bayaran RM35 seorang pada 8 Julai 2011, kami dijanjikan akan diberikan sebuah tapak rumah atau rumah untuk kami.
“Namun begitu, sehingga kini kami masih belum terima sebarang maklumat berkaitan tanah terbabit, dan berdasarkan pemeriksaan kami, kami dimaklumkan bahawa Felda tidak tahu apa-apa berkaitan permohonan itu justeru merasakan telah tertipu dengan janji yang diberikan,” katanya dalam perhimpunan aman terbabit.
Katanya lagi, jawatankuasa justeru itu menganjurkan demonstrasi aman bagi menuntut jawapan muktamad berkaitan perkara terbabit.
“Kita mahukan jawapan yang pasti dari pihak yang terlibat sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
“Tidak hanya mahukan jawapan, kami juga mahu pihak terbabit menampilkan bukti yang kukuh untuk meyakinkan anak-anak peneroka tanah rancangan ini yang terlibat dengan pembayaran dan penempatan lot rumah yang dijanjikan sebelum ini,” katanya.
Permohonan tidak ikut prosedur
Sinar Harian difahamkan, permohonan tapak rumah dan rumah yang dilakukan sebelum ini dikatakan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.
Seorang lagi ahli jawatankuasanya, Zamri Seman berkata, sepatutnya permohonan tapak rumah dan rumah terbabit dilakukan melalui pengurusan Felda.
“Permohonan itu tidak sepatutnya melalui pihak berkenaan, sepatutnya melalui pengurus Felda, kemudian dibawa kepada Felda Wilayah Jengka dan kerajaan negeri.
“Tidak sepatutnya pihak berkenaan menjanjikan untuk memberikan tapak rumah dan rumah namun tidak mengikut prosedur sepatutnya,” katanya.
Beliau justeru itu menasihatkan kepada belia tanah rancangan ini agar tidak lagi mempercayai mana-mana janji yang dikeluarkan pihak terbabit selepas ini.
“Selepas ini, apa juga maklumat berkaitan rumah atau lot tanah, kita hanya perlu mendapatkan rujukan dari pihak pengurusan Felda iaitu pengurus Felda sendiri,” katanya.
Menurutnya lagi, isu berkaitan tanah itu telah berlarutan sejak 17 tahun yang lalu dan ini merupakan kali ketiga mereka dijanjikan tapak tanah dan rumah.
Pengerusi badan bertindak, Wan Zairi Shafidan Wan Ahmad pula berkata, selepas daripada itu, apa juga urusan membabitkan tanah akan dilakukan hanya melalui Felda.
“Kita akan berusaha untuk mendapatkan tapak rumah dan rumah untuk generasi kedua mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu melalui Felda.
“Selepas ini apa juga arahan berkaitan, kita akan meminta pihak pengurusan Felda untuk memaklumkannya kepada belia,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan