الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى
فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةًۭ ضَنكًۭا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ أَعْمَىٰ
أَشْهَدُ
أَنْ لَّآ إِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا
بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ
اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَاتَمُوْتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 124 – 126
surah Toha :
وَمَنْ
أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةًۭ ضَنكًۭا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ
ٱلْقِيَـٰمَةِ أَعْمَىٰ ﴿١٢٤﴾ قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِىٓ أَعْمَىٰ وَقَدْ
كُنتُ بَصِيرًۭا ﴿١٢٥﴾ قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ ءَايَـٰتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ
وَكَذَٰلِكَ ٱلْيَوْمَ تُنسَىٰ ﴿١٢٦﴾
Dan sesiapa
yang berpaling engkar daripada ingatan dan petunjukKu maka sesungguhnya adalah
baginya kehidupan yang sempit. Dan Kami akan himpunkannya pada hari qiamat
dalam keadaan buta. Dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku
dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?” Allah berfirman : “ Demikianlah
keadaannya di mana telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu lalu engkau
melupakan serta meninggalkannya. Dan demikianlah engkau pada hari ini dilupa
serta ditinggalkan”.
Sidang
Jumaat yang berbahagia,
Allah memberi amaran kepada manusia yang
berpaling daripada peringatan Allah sehingga menyebabkan mereka akan menghadapi
kehidupan yang amat sempit samada di dunia apatah lagi di akhirat. Adapun
kesempitan hidup di akhirat jauh lebih menyiksakan berbanding kesempitan hidup
di dunia. Berbeza dengan kesempitan
hidup di dunia yang boleh diatasi dengan usaha dan pertolongan manusia,
kesempitan hidup di akhirat terpaksa di hadapi berseorangan ditambah dengan
penyiksaan yang ditimpakan oleh Allah. Antara penyiksaan tambahan yang akan
dikenakan adalah dibutakan matanya seolah-olah Allah melupakan keadaan mereka
yang sempurna ketika di dunia. Allah sengaja melupakan keadaan mereka sebagai
balasan atas sikap mereka yang melupakan peringatan Allah ketika di dunia.
Muslimin yang
dirahmati Allah,
Begitulah pentingnya “Az-Zikr” atau
peringatan Allah kepada manusia. Sebagai insan yang beriman hendaklah kita
memahami apakah yang dimaksudkan dengan “Az-Zikr”, dan hendaklah kita sentiasa
mengingati dan berwaspada dengannya. Maksud sebenar “Az-Zikr” ini boleh
difahami melalui penjelasan Allah sendiri melalui kalamNya yang Maha Suci. Antaranya
adalah sebagaimana firmanNya dalam ayat 9 surah al-Hijr :
إِنَّا نَحْنُ
نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ ﴿٩﴾
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kami benar-benar
memeliharanya”.
Ayat ini menyatakan bahawa “Az-Zikr”
atau peringatan Allah itu adalah Al-Quran itu sendiri. Berapa ramai di kalangan
kita yang melupakan Al-Quran dalam kehidupan kita. Berapa ramai di kalangan
kita yang buta al-Quran dan tidak berasa bersalah dengan kejahilan tersebut. Berapa
ramai di kalangan kita yang pandai membaca Al-Quran namun jahil dengan makna
dan isi kandungan Al-Quran. Berapa ramai di kalangan kita yang faham isi
kandungan Al-Quran namun tidak mempercayai atau menolak ajaran dan perintah
Allah melalui Al-Quran. Maka apakah layak kita mengharapkan kehidupan yang
sejahtera di dunia dan di akhirat jika inilah sikap kita terhadap Al-Quran.
Sidang
Jumaat yang diberkati Allah,
Di antara maksud “Az-Zikr” adalah ilmu sebagaimana
firman Allah dalam ayat 43 surah an-Nahlu :
فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا
تَعْلَمُونَ
Maka bertanyalah kepada mereka yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui”.
Ilmu amat diperlukan
dalam semua bidang kehidupan manusia. Kehidupan manusia tidak akan sempurna
tanpa dipimpin oleh golongan yang berilmu. Namun manusia biasanya akur dengan
segala nasihat golongan berilmu melainkan ilmu keagamaan. Samada rakyat secara
individu ataupun pertubuhan, agensi keraajaan mahupun swasta, malah para
pemimpin negara sekalipun mempunyai penasihatnya di kalangan ahli ilmu dalam
berbagai bidang. Kita begitu takut melanggar pantang larang pemakanan kerana
akur dengan nasihat doktor dan pakar perubatan. Kita sanggup menduduki bangunan
yang beratus tingkat walaupun zahirnya amat menggerunkan kerana keyakinan
terhadap ilmu dan kepakaran jurutera dan kontraktor yang terlibat. Kita sanggup
mengeluarkan modal jutaan ringgit untuk menambah pelaburan atas keyakinan
terhadap pakar ekonomi dan kewangan. Namun sebahagian dari kita tidak langsung
menghiraukan nasihat ilmu agama dalam melakukan sesuatu perkara. Kepakaran
ulamak hanya digunakan untuk mencari nas bagi menghalalkan tindakan yang telah
dibuat. Ilmu agama hanya digunakan apabila ianya memberikan keuntungan dunia
kepada kita.
Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah,
Az-Zikr
juga membawa maksud solat sebagaimana firman Allah dalam ayat 9 surah al-Jumaat
:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟
إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَ ۚ
Maka apabila
telah diseru bagi mendirikan solat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu
kepada mengingati Allah dan tinggalkan olehmu akan jualbeli.
Pada
hari ini solat bukan lagi menjadi kriteria penting dalam urusan seharian kita.
Solat hanya menjadi upacara kerohanian yang hanya melibatkan peribadi seseorang
tanpa hubung kait dengan peraturan dan undang-undang. Solat tidak pernah menjadi
syarat dan keutamaan dalam pemilihan jodoh, pengambilan pekerja, kenaikan
pangkat dan sebagainya. Tidak hairanlah kenapa hari ini maksiat dan
kemungkaran berlaku di mana-mana tak kira siapakah mereka. Tanpa solat apakah
yang boleh menghalang seseorang melakukan rasuah, penyelewengan dan berbagai
maksiat walaupun jawatannya dihormati oleh masyarakat. Kesempitan hidup yang
dijanjikan oleh Allah akibat kita meninggalkan Az-Zikr iaitu Solat telahpun
kita rasai dengan bertambahnya jenayah dan maksiat dari masa ke semasa.
Sidang
Jumaat yang dikasihi Allah,
Az-Zikr
juga bermakna zikrullah atau menyebut nama Allah dan mengingatinya. Ini
dinyatakan dalam banyak ayat Allah antaranya ayat 41 surah al-Ahzab :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ
ذِكْرًۭا كَثِيرًۭا ﴿٤١﴾
Wahai
orang-orang yang beriman! Ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan
serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.
Menyebut
dan mengingati Allah adalah penawar bagi keluh kesah di hati manusia. Tanpa
zikrullah manusia akan terus lalai dengan urusan dunia sehingga menjadi keras
hatinya. Allah menyatakan bahawa hanya dengan mengingati Allah sahajalah akan
dapat menenangkan hati manusia.
Selain
dari itu Az-Zikr juga bermaksud peringatan atau nasihat sebagaimana firman
Allah dalam ayat 55
surah az-Zaariyat :
وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٥﴾
Dan berilah
peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada
orang-orang yang beriman.
Manusia
sememangnya makhluk yang lemah dan sering terlupa jika tidak diperingatkan. Sebab
itulah Al-Quran tidak datang hanya untuk memberi berita gembira kepada manusia.
Al-Quran juga banyak memberikan ancaman mengenai azab Allah yang amat perit
bagi mereka yang berpaling dari peringatanNya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ
وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ
وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ
المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِلِ :
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا
إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ (السجدة : 22)
Dan siapakah yang
lebih zalim daripada mereka yang diberikan peringatan dengan ayat-ayat Kami
kemudiannya mereka berpaling darinya. Sesungguhnya kami tetap akan membalas
segala kejahatan yang dilakukan.
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى
يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا
اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Apakah kita mahu menjadi golongan yang zalim
sehingga melayakkan kita menempah neraka Allah apabila kita berpaling dari
peringatan Allah. Berdasarkan ayat-ayat Allah yang dibacakan tadi maka antara
sebab yang menyebabkan kita tergolong dalam golongan yang berpaling dari
peringatan Allah adalah apabila kita meninggalkan Al-Quran, Ilmu, solat,
zikrullah dan peringatan Allah. Maka marilah kita sama-sama bermuhasabah apakah
selama ini kita sudah benar-benar mengambil berat dengan peringatan Allah atau
kita terus lalai dan menganggap remeh dengan ancaman Allah. Apakah kita layak
merungut dan mengeluh dengan kesempitan hidup yang kita lalui di dunia ini
sedangkan pada masa yang sama kita sendiri yang menempah jalan untuk
mendapatkannya.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ
والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ
وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ
وَسَلَّم
.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ
الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ
عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ
أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ
الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ
الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ
الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ
اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ
حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ،
وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ،
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan