18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
JELEBU – Akibat tidak tahan berhadapan dengan tekanan hidup, seorang
jurutera yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak membakar
dirinya sendiri di dalam kereta miliknya di Taman Bukit Kempas, Titi, di
sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Chai Meow Cheong, 60, ditemui mati dalam keadaan rentung di dalam kereta Toyota Camry yang dipercayai dibakarnya sendiri.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Setapa Yusof berkata, kejadian disedari oleh jiran mangsa yang ternampak kepulan asap hitam di dalam kereta tersebut yang terletak di bahagian depan rumah berkenaan.
Katanya, mangsa yang tinggal seorang diri itu, dipercayai mengalami tekanan dengan masalah hidup selain menghidapi sakit mental berikutan kad pesakit mental ditemui dalam rumahnya.
“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang duduk di bahagian kerusi belakang dan keretanya didapati telah musnah terbakar 100 peratus.
“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia sanggup membakar diri dan keretanya.
“Namun sehingga kini kita masih lagi mencari punca bagaimana kereta tersebut boleh terbakar sehingga menyebabkan mangsa rentung seluruhnya,” katanya.
Setapa berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, adik kepada mangsa yang enggan dikenali memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya adalah pada 12 Februari lalu, iaitu dua hari selepas Tahun Baru Cina.
Katanya, pada waktu itu, abangnya kelihatan seperti biasa dan tidak pernah menceritakan sebarang masalah yang dihadapi.
“Sejak abang saya bercerai dengan isterinya beberapa tahun lalu, dia hanya tinggal seorang diri berikutan dua orang anaknya juga tinggal bersama bekas isterinya di ibu negara.
“Tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan pada pertemuan makan malam bersama keluarga lalu, sehinggalah kami mendapat berita tentang kematiannya tengah hari tadi (semalam).
“Berita yang kami terima ini sangat mengejutkan kerana mangsa adalah seorang abang yang baik dan peramah dengan semua orang,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan