01 Mac 2013

Terjun lori elak ditahan

18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


Terjun lori elak ditahan
Seorang pati terpaksa didukung dua rakannya.
Terjun lori elak ditahan
Dua anggota imigresen menahan seorang Pati wanita.
JOHOR BAHRU – Hasrat seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa tidak kesampaian apabila lelaki itu patah kaki ketika terjun daripada sebuah lori.

Penolong Pengarah Imigresen, Masri Adul berkata, kejadian itu berlaku apabila anggota peronda dalam dalam Operasi Serkap di Bukit Dagang, Pasir Salam Ulu Tiram, kira-kira jam 9.30 pagi hingga 12 malam, kelmarin, ternampak sebuah sebuah lori merah yang ditutupi kanvas dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran anggota Imigresen ketika itu menyebabkan kebanyakan penumpang yang berada di dalam lori itu panik sehingga sanggup terjun dari kenderaan berkenaan lalu melarikan diri.

"Kebanyakan mereka menyorok di kawasan semak malah ada yang berani terjun ke sungai,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata seorang daripada Pati mengalami patah kaki semasa terjun daripada kenderaan terbabit.

Turut ditahan tiga orang tempatan disyaki menjadi dalang tekong darat dalam penyeludupan migran.

Dalam operasi itu, seramai 21 Pati warga Indonesia dan daripada jumlah itu, seramai 13 lelaki dan 8 perempuan berumur 19 hingga 53 tahun ditahan kerana tidak mempunyai permit perjalanan yang sah selain tinggal lebih masa.

Hasil siasatan, Pati berkenaan datang dari Pahang, Kuala Lumpur dan Melaka dengan menaiki kereta api dan bas ke Terminal Larkin, di sini.

“Teksi dan kereta persendirian akan ke lokasi ditetapkan oleh tekong yang menguruskan Pati dengan caj bayaran RM1,000 hingga RM1,300 setiap seorang,” katanya.

Katanya, kesemua Pati dihantar ke Depo Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan d ibawah Seksyen 6(1)(C)dan 15(1)(c) Akt Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas dan permit sah dan tinggal lebih masa.

“Kesemua Pati juga disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Atipsom 2007 dan Akta Pasprt 1960,” katanya.

sinar/-

Tiada ulasan: