BEBAS...Badaruddin (berkaca mata) bersama empat pemuda PAS berkenaan..
MARANG: Empat Pemuda PAS dari Kampung Jerung
Seberang, Wakai Tapai yang ditahan reman kerana laporan 'fitnah' oleh
Pengerusi Penaja Penubuhan Umno Cawangan Bukit Chempedak dibebaskan
petang semalam.
AJK PAS Dun Pengkalan Berangan, Badaruddin Ismail berkata, mereka
yang terdiri Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman
Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang
dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.
Beliau berkata, pihak polis memaklumkan mereka dibebaskan dengan jaminan polis kerana tidak ada sabitan kes.
"Saya dimaklumkan oleh IO (pegawai penyiassat) kes tersebut,
Inspektor Wan Afzan Wan Mukhtar tidak ada sabitan kes, (mereka)
dibebaskan dengan ikat jamin polis," ujarnya dipetik Buletin Online.
Katanya, pembebasan mereka merupakan satu penjelasan kepada 'fitnah'
terhadap laporan media bersumberkan kepada laporan yang dibuat ketua
penaja cawangan Umno itu.
"Ini bukti laporan akhbar tidak tepat, berdasarkan laporan 'fitnah'
semata-mata dan juga bukti jelas pemasangan kain rentang yang tidak
bermoral dan penuh fitnah itu telah mencetus situasi yang tidak aman
dalam masyarakat," tambahnya.
Empat pemuda tersebut yang ditahan pada 25 Februari lalu ekoran
tindakan berani mereka bertemu dengan ketua penaja Umno Cawangan Bukit
Cempedak yang baru ditubuhkan yang meminta supaya satu kain rentang yang
memfitnah PAS diturunkan.
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan