18 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Penjenayah ‘liat’
Gombak: Tindakan melulu seorang suspek jenayah yang memecut laju van
dipandunya di jalan bertentangan arah selepas dikejar polis
mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng
motosikal cedera parah akibat bertembung dengan van suspek.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi berhampiran Templer Park, di sini, semalam beberapa lagi penunggang turut cedera dirempuh kenderaan suspek.
Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat memecut laju
kenderaannya berhampiran pasar raya NSK di Selayang Baru selepas dikejar
kereta peronda polis (MPV).
“Saya yang dalam perjalanan ke Rawang terkejut apabila melihat sebuah van dipandu laju dalam keadaan melawan arus dari Rawang ke Kuala Lumpur.
“Beberapa minit kemudian van dipandu lelaki terbabit dilihat merempuh sebuah kereta Perodua Viva dan dua motosikal, namun masih tidak berhenti dan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kemalangan pertama, van itu bertembung pula dengan sebuah lagi motosikal mengakibatkan penunggang serta pembonceng tercampak beberapa meter,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Penjenayah__8216_liat__8217_//Article#sthash.jL91FkmD.dpuDalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi berhampiran Templer Park, di sini, semalam beberapa lagi penunggang turut cedera dirempuh kenderaan suspek.
“Saya yang dalam perjalanan ke Rawang terkejut apabila melihat sebuah van dipandu laju dalam keadaan melawan arus dari Rawang ke Kuala Lumpur.
PASUKAN paramedik membantu Maraimah yang tercampak selepas dirempuh suspek.
“Beberapa minit kemudian van dipandu lelaki terbabit dilihat merempuh sebuah kereta Perodua Viva dan dua motosikal, namun masih tidak berhenti dan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kemalangan pertama, van itu bertembung pula dengan sebuah lagi motosikal mengakibatkan penunggang serta pembonceng tercampak beberapa meter,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
DAMSYIk – Empat sekeluarga antara 12 orang awam yang mati diseksa
ketika berada di dalam penjara selepas mereka ditangkap tentera rejim
Presiden Syria, Bashar al-Assad, lapor Kumpulan Pemerhati Syria Untuk
Hak Asasi Manusia semalam.
Menurut badan pemerhati yang beribu pejabat di Britain itu, pihak
keluarga menerima kad pengenalan mangsa-mangsa daripada pasukan
keselamatan pada malam Rabu lalu.
Katanya, kesemua lelaki tersebut berasal dari daerah Nahr Aisha, di sini.
Sementara itu, kumnpulan pejuang penentang Bashar berjaya merampas
Masjid Umayyad di bandar raya Aleppo daripada pasukan tentera Syria awal
pagi semalam selepas pertempuran sengit selama beberapa hari, lapor
badan pemerhati sama.
Muzium masjid terbakar ketika pertempuran berlaku menyebabkan silingnya runtuh.
Dalam pada itu, satu letupan bom kereta turut dilaporkan berlaku di
pinggir bandar Homs, barat Syria yang menyebabkan beberapa orang maut
dan cedera, kata agensi berita SANA.
“Pejuang penentang meletupkan bom kereta di kawasan kejiranan Akrama
Jadideh dengan laporan awal menyatakan ada mangsa yang mati dan cedera,”
kata agensi itu.
Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas rakyat melancarkan
penentangan ke atas rejim Bashar kerana menuntut pemerintahan demokrasi
dan pembaharuan ekonomi.
Mereka turut menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam aspek pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan