24 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUANTAN – Usianya baru menjangkau setahun 10 bulan, namun penderitaan
yang terpaksa dilalui oleh Keisha Syahinda Khairul Anuar terlalu berat
untuknya apabila ditumbuhi bulu di seluruh badanya.
Ibu Keisha Syahinda, Suhaini Ismail, 30, berkata, sindrom bulu yang
tumbuh di badan anaknya itu adalah disebabkan kesan pengambilan ubat
selepas disahkan menghidap penyakit kurang gula dalam darah.
Menurut Suhaini, anaknya itu hanya bergantung kepada susu dan ubat yang dimasukkan menerusi hidung untuk meneruskan hidup.
Akibat penyakit yang dihidapnya itu, Keisha Syahinda tidak mampu menelan makanan mahupun minum air melalui mulut.
“Setiap tiga jam, anak saya akan diberi minum susu melalui saluran tiub yang disambungkan melalui hidungnya.
“Begitu juga dengan dua jenis ubat yang terpaksa diambilnya bagi membantu tumbesaran dan mengelakkan dia diserang sawan,” katanya yang tinggal di Felda Bukit Goh, di sini.
Menceritakan mengenai perubahan anaknya itu, Suhaini berkata, sebaik sahaja selamat melahirkan anak keduanya itu di Hospital Sungai Buluh (HSB), Selangor, dia mendapati anaknya itu tidak aktif sebagaimana bayi lain.
Katanya, doktor yang memeriksa anaknya itu mengesahkan bayi yang dilahirkan menghidap penyakit kurang gula dalam darah.
"Sejak disahkan menghidap penyakit itu Keisha Syahinda terpaksa diberikan tiga suntikan setiap hari sehingga ke hari ini untuk menstabilkan kesihatannya.
“Luluh hati saya setiap kali terpaksa menyuntik anak sendiri setiap hari di kedua-dua belah paha, apatah lagi apabila mendengar tangisannya," katanya.
Namun kini, kata Suhaini, anaknya itu tidak lagi menangis kerana sudah lali dengan kesakitan yang dialami.
“Jika Keisha Syahinda tidak menerima suntikan itu, dia boleh menjadi sawan selain mudah dijangkiti penyakit.
“Walaupun sudah setahun namun Keisha Syahinda masih tidak boleh berdiri dengan seimbang termasuk merangkak seperti bayi lain," katanya.
Bagaimanapun ubat yang diambil menyebabkan seluruh badannya ditumbuhi bulu.
“Kadang kala saya terpaksa mencukur bulu di badannya supaya anak saya tidak rasa rimas dengan keadaan dirinya itu,” katanya.
Kata Suhaini, setiap enam bulan dia dan suaminya, Khairul Anuar Rosli, 35, akan membawa anaknya ke Hospital Putarajaya (HP) untuk mendapar rawatan daripada doktor pakar bagi memeriksa tahap kesihatan Keisha Syahinda.
"Kami hanya berharap dengan kuasa ALLAH SWT untuk menyembuhkannya, kata doktor setahun lagi badan Keisha Syahinda akan dipenuhi bulu sepenuhnya," katanya.
Suhaini menceritakan penderitaan anaknya itu ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail di rumahnya, di sini, semalam.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan