LAHAD DATU: Tiga sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1
Mac, dibuka semua hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di daerah
ini selamat dan terkawal.
Menurut laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sabah lapan sekolah lagi
masih tertakluk kepada arahan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
Lapan sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Lok
Buani, SK Fajar Harapan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4,
SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.
Sebelum ini, 11 sekolah di Lahad Datu diarah ditutup sementara susulan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini.
Sebelum ini, 11 sekolah di Lahad Datu diarah ditutup sementara susulan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini.
Sementara itu, tinjauan Bernama di bandar Lahad Datu mendapati keadaan tenang dan terkawal dengan kedai-kedai beroperasi seperti biasa manakala orang ramai keluar menyelesaikan urusan masing-masing. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan