KUALA LUMPUR: Jumlah pelajar negeri Selangor yang
mendapat penajaan pendidikan oleh Yayasan Selangor (YS), meningkat
mendadak sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri
2008 lalu.
Exco
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah
Ali berkata, Yayasan Selangor iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan
untuk memajukan pendidikan anak-anak negeri Selangor telah menunjukkan
perkhidmatan cemerlang di bawah Pakatan Rakyat.
Sejak 2008 katanya, penajaan pendidikan terus menunjukkan trend peningkatan ketara dari tahun ke tahun di bawah Program Rancangan Khas Pendidikan YS (RKPYS).
Pada 2007, jumlah pelajar yang ditawar penajaan adalah 1,385 dan meningkat kepada 1,409 pada 2008.
Kemudian pada tahun 2009, jumlah itu terus ditingkatkan kepada 1,554 orang dan melonjak kepada 3,288 orang pada 2012.
Pada tahun ini pula katanya, Yayasan Selangor mensasarkan peningkatan kepada kepada 5,000 orang.
“Peningkatan ini menunjukkan YS berjaya memberikan perkhidmatan pendidikan kepada lebih ramai pelajar berbanding sebelum tahun 2008 dengan gandaan yang besar,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Bangunan SUK semalam, yang dipetik Selangorku.
Dalam pada itu katanya, Yayasan Selangor juga telah menambah peruntukkan biasiswa dari tahun ke tahun bermula tahun 2008.
Pada 2007, hanya 518 pelajar mendapat Biasiswa Kecil, 159 mendapat Biasiswa Khas dan 36 pelajar mendapat Dermasiswa.
Namun pada 2012, YS menawarkan 1,783 pelajar mendapat Biasiswa Kecil, 1,140 pelajar mendapat Biasiswa Khas dan 96 pelajar mendapat Dermasiswa.
Bagi pinjaman pula katanya, Yayasan Selangor berjaya membuat kutipan bayaran balik dengan lebih efisien.
Ianya telah menyaksikan peningkata kutipan RM2.1 juta pada 2008 kepada RM2.2 juta pada 2009, ke,udian RM2.9 juta pada 2010 dan terus meningkat kepada RM3.8 juta pada tahun 2011 serta RM3.9 juta pada 2012.
“Ia membabitkan peningkatan sebanyak 186 peratus prestasi kutipan itu.
"Malah, bilangan sekolah tajaannya juga meningkat daripada 27 buah pada 2008 kepada 53 buah pada 2012 dan 63 buah pada tahun 2013,” katanya.

HARAKAHDAILY/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan