24 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
GAZA – Bagi anggota Misi Kemanusiaan Aman Palestin dari Kuala Lumpur,
berada di sempadan Israel adalah sesuatu yang menakutkan, lebih-lebih
lagi apabila pesawat tentera musuh berlegar di udara.
Walaupun singgah dalam waktu singkat dan dikawal pasukan keselamatan, kedudukan dalam jarak hanya 400 meter dari wilayah rejim Yahudi memang mendebarkan sebab sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Tetapi bagi anggota pasukan pejuang Briged al-Qassam, ancaman pesawat pejuang tentera Israel menjadi sebahagian hidup dan mereka sudah nekad berjihad menentang Yahudi.
“Kami tidak gentar dan akan pertahan hak kami,” kata ketua di markas yang terletak di sempadan Israel, ketika menerima kunjungan singkat rombongan Aman Palestin.
Atas sebab-sebab keselamatan, beliau enggan disebut nama dan hanya bersedia diambil gambar dengan memakai topeng.
Briged al-Qassam, dianggotai pelbagai latar belakang termasuk pelajar dan petani berumur 18 hingga 35 tahun, ialah sayap tentera dalam parti politik Hamas yang identiti dan posisi pejuang mereka dirahsiakan.
Rombongan kami berkesempatan melawat dua markas latihan, diberi taklimat dan berkenalan dengan anggota pasukan berani mati.
Anggota briged mengucapkan terima kasih dan terharu dengan bantuan yang disalurkan Malaysia.
Pada lawatan pertama, peserta rombongan dibawa ke markas latihan briged al-Qassam. Walaupun serba-serbi terhad, semangat dan keberanian mereka jelas ditonjolkan dalam sesi latihan.
Peserta rombongan kemudian dibawa pula ke sebuah lagi lokasi markas yang terletak hanya 400 meter dari sempadan Israel dan tiba-tiba kelihatan pesawat pejuang F-16 milik tentera Israel berlegar di ruang udara berhampiran.
Ketua markas tidak membenarkan kami lama di situ kerana bimbang keselamatan anggota rombongan.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan