24 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
MIAMI - Beberapa kakitangan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan
Perikanan Florida membebaskan seekor harimau kumbang jantan yang
berusia dua tahun di sebuah kawasan hutan simpan di Florida kelmarin.
Harimau kumbang itu dilepaskan selepas ia dibesarkan di Pusat Pemuliharaan White Oak sejak berusia lima bulan.
Anggota-anggota suruhanjaya itu menangkap haiwan tersebut selepas mereka menemuinya di daerah Collier.
Anggota-anggota suruhanjaya itu menemui harimau kumbang tersebut bersama seekor lagi harimau betina.
Kedua-dua haiwan itu merupakan anak seekor harimau betina yang mati pada 2011.
Haiwan jantan tersebut dilepaskan dari kurungan ke dalam hutan di
kawasan hidupan liar Rotenberger di sempadan Palm Beach dan daerah
Broward. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan