Datuk Seri Najib Razak akan diasak pemimpin muda Pakatan Rakyat dan calon mahasiswa dalam pertembungan tiga penjuru di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengumuman calon kumpulan mahasiwa Mohamed Bukhairy Mohamed Sufian di Kuala Lumpur hari ini mengesahkan ura-ura persaingan seumpamanya yang kali pertama berlaku di kubu kuat BN itu.
PKR masih belum menamakan calonnya, bagaimanapunMalaysiakinidifahamkan anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Fariz Musa hampir sah dipilih bertanding di situ.
Mohamed Bukhairy, pelajar tahun akhir jurusan Sains Politik Islam di Universiti Malaya (UM), diumumkan sebagai calon mahasiswa oleh pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.
Difahamkan, langkah drastik kumpulan antikemapanan itu diambil ekoran kegagalan mereka melobi Pakatan supaya memberi laluan bagi membolehkan berlakunya pertembungan dua penjuru.
Pada pilihan raya umum 2008, parlimen Pekan menyaksikan Najib mengalahkan calon PK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dengan majoriti 26,464 undi.
Pertembungan bersejarah itu, walaupun menarik perhatian pemerhati, mengundang kebimbangan penyokong Pakatan terhadap kemungkinan berlakunya pecah undi antara kumpulan anti-BN.

Malaysiakini/-
1 ulasan:
sepatutnya mahasiswa try le di parlimen lain...najib akan lebih senang kalau ada ramai calon lawan di pekan. biar 1 lwn 1.
Catat Ulasan