9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Ketika Pakatan Rakyat sedang mara ke Putrajaya, Datuk Husam Musa pergi ke situ dulu seolah-olah dia menunggu dan menyambut ketibaan ekspidisi itu.
Sebelum Husam, Naib Presiden PAS membuat tawaran untuk bertanding di Putrajaya, kota pentadbiran Malaysia itu dikira kubu BN dan ia adalah berayakan Tengku Adnan Mansor yang menjadi wakil rakyat di situ sejak tahun 2004.
Tiada siapa berfikir Anwar Ibrahim akan meninggalkan kawasan Permatang Pauhnya dan Abdul Hadi Awang akan mengosongkan Marang untuk bertanding di Putrajaya. Lim Kit Siang yang suka mengejutkan berubah tempat bertanding pun tidak akan ke Putrajaya. Maka tempat itu seolah-olah selamat buat Tengku Adnan dan Umno.
Bila Husam mula menyebut dia ingin bertanding di Putrajaya, reaksi Tengku Adnan begitu tenang, datanglah Husam kalau hendak menggali kubur.
Husam bersungguh. Dia tahu Putrajaya bukanlah laluan yang mudah tetapi dia mahu mencuba, bukan sekadar mencuba, dalam suasana yang penuh cabaran dan serba kepayahan itu dia mahu ke situ juga, bukan untuk kalah bahkan untuk menang.
Baginya kalah di situ adalah lebih senang dari menang. Tetapi dia mahu mencuba yang susah itu.
Maka setelah disahkan Husam bertanding di situ, barulah Tengku Adnan, Umno dan seluruh jentera pilihanraya BN mengira ia adalah satu pertandingan yang hebat, dan Husam adalah sebaik calon yang boleh melucutkan pengaruh Tengku Adnan.
Husam sebenarnya berkata kepada saya menjelang PRU 2004 dulu, dia ingin bertanding di Putrajaya. Masa itu saya Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak memberi perhatian kepadanya.
Hasrat Husam sudah berputik sejak itu dan sekarang kemahuannya itu bertambah kuat.
Saham PAS dan Pakatan Rakyat melunjak apabila Husam disahkan sebagai calon di situ. Harapannya, walaupun payah, tetapi bagi kebanyakannya, dia adalah yang terbaik dari semua orang dalam PAS. Kalau Husam tidak boleh menang, orang lain lagi tidak boleh menang.
Husam sedar dia bermula di belakang Tengku Adnan dan akan mengejarnya dengan harapan untuk memintasnya.
Tawaran Husam itu adalah tawaran seorang panglima. Pakatan Rakyat telah nekad untuk merampas Putrajaya dari BN. Untuk menawan Putrajaya, kerusi Parliman Putrajaya tidak boleh dibiarkan di tangan orang lain.
Mengambil kerusi Parlimen Putrajaya itu sama penting dan sama susahnya dengan menawan kuasa Putrajaya itu sendiri.
Amat mustahak kerusi Putrajaya itu diambil serentak. Maka atas kepekaan itulah Husam mengambil risiko untuk bertanding di tempat yang mencabar itu dengan memberikan kerusi yang lebih selamat di Kelantan kepada orang lain.
Mesti ada orang yang mesti ke depan untuk bekerja menggerakkan Putrajaya. Itulah dia datang menyerahkan jiwa raganya bagi membantu Pakatan dari dalam untuk mengambil kuasa Putrajaya.
Apakah semua pegawai awam di Putrajaya itu pengundi di situ? Tidak semua. Mereka juga ada yang mengundi di tempat lain. Tetapi ramai dari pegawai itu adalah rakan seuniversiti denganya dulu. Dan semua orang di Putrajaya itu kenal Husam sama dengan mereka mengenal Tengku Adnan.
Pebandingannya, Tengku Adnan adalah pekerja, tetapi dia bukan otak, tetapi Husam adalah otak yanag boleh menggerakkan tangan dan kaki.
Tengku Adnan kiranya dikekalkan sebagai calon, baru bertemu dengan orang yang terbaik. Husam datang untuk menewaskannya bagi membuka pintu Putrajaya untuk dimasuki oleh ekspidisi Pakatan Rakyat.
-The Malaysian Insider
1 ulasan:
Panglima Husam adalah winnable candudate! Go HUsam,Go...Vote for PR
Catat Ulasan