9 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM - Setakat jam 11.45 pagi tadi, keputusan belum rasmi menunjukkan Dun Kota Anggerik dan Dun Batu Tiga bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bagi Dun Kota Anggerik, Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Mohd Yusof Din yang mewakili BN akan bertanding melawan Ketua Cabang Shah Alam, Dr Yaakob Sapari mewakli PKR dan calon Bebas yang merupakan bekas pemuda Pas, Eriq Faisal Rusli.
Sementara kerusi Dun Batu Tiga pula menyaksikan pertembungan antara Ketua Umno Shah Alam, Datuk Nawawi M Zin yang mewakili BN akan bertandingan melawan Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail dan calon bebas, Uzi Che Hussin.
Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menentang Yang Dipertua Shah Alam, Khalid Samad.
Penamaan calon berlangsung di Dewan Besar Tanjung Seksyen 19 Shah Alam.
Kira-kira jam 8.30 pagi, hampir 500 penyokong BN dan PKR sudah mula membanjiri kawasan luar dewan dengan bendera dan sepanduk parti masing-masing.
Kesemua calon hadir bersama pencadang dan penyokong masing-masing.
Kedua-dua calon bebas pula memasuki dewan setelah setengah jam penamaan calon bermula.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan