18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ingatkah kita bagaimana bekas Presiden Taiwan Chen Shui Bian berjaya memenangi pilihanraya di 2004 sebelum dihumban penjara seumur hidup pada 2008 apabila rakyat Taiwan menolaknya.
Sehari sebelum hari mengundi pada 20 Mac 2004, Chen dan calon Naib Presiden, Annette Lu dari Parti Progresif Demokratik (DPP) telah 'ditembak' ketika berkempen di Tainan.
Kedua-dua mereka dilaporkan tidak mempunyai kecederaan parah. Peluru dikatakan terkena perut Chen, namun Chen tetap keluar hospital pada hari yang sama dengan 14 jahitan.
Ekoran, itu Chen, yang ketika itu sudah tidak berapa popular, mendapat undi simpati yang begitu banyak sehingga mengekalkan kuasa untuk empat tahun lagi dengan majoriti yang tipis.
Pihak pembangkang Kuomingtang mendakwa Chen telah menggunakan insiden menembak itu sebagai helah untuk meraih undi simpati.
Namun selepas itu, Chen tidak senang duduk sebagai presiden. Pelbagai pergolakan berlaku sehingga akhirnya beliau ditumbangkan pada 2008.
Chen bersama isterinya Wu Shu-Chen kini di penjara 19 tahun setelah didapati bersalah melakukan rasuah.
Chen didapati bersalah menggelapkan wang, menerima rasuah, dan pelaburan wang haram, sebanyak $15 juta ketika memegang jawatan Presiden.
Rujukan kepada insiden di Taiwan yang berlaku pada 2004 boleh dirujuk di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Chen_Shui-bian dan di http://en.wikipedia.org/wiki/Wu_Shu-chen
Begitulah pilihan raya, macam-macam helah dilakukan untuk mengekalkan kuasa, namun sejarah membuktikan, kuasa rakyat adalah paling berkuasa.
Apa yang penting, belajarlah dari sejarah, mana tahu ia akan berguna nanti.
Harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan