29 April 2013

Nato, polis terkorban di Afghanistan

Nato, polis terkorban di Afghanistan18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Keadaan kenderaan polis yang dibom di daerah Zana Khan
KABUL - Empat anggota Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Isaf) di bawah  Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) terbunuh selepas pesawat dinaiki terhempas di Wilayah Zabul, di selatan Afghanistan.

Ketua Polis Wilayah Zabul, Rogh Lewanai berkata, cuaca buruk dipercayai menjadi punca kepada nahas yang berlaku di daerah Shahjoi itu.

“Helikopter itu dipercayai terbang rendah di kawasan Baghgi selepas mengalami masalah teknikal. Kami mengesahkan kemalangan itu bukan berpunca daripada sembarangan serangan,”  katanya dalam laporan dipetik AP

Sementara itu, tiga pegawai polis termasuk timbalan ketua polis wilayah, Mohammad Hussain maut dalam serangan bom di selatan negara itu awal pagi semalam.

Timbalan Gabenor wilayah Ghazni Mohammad Ali Ahmadi berkata, bom kawalan jauh itu diletakkan di bawah kenderaan polis dan meletup ketika dalam perjalanan ke daerah Zana Khan.

“Dua pegawai lain turut cedera dalam serangan itu. Kami percaya serangan terancang itu disasarkan kepada Hussain yang ketika itu dalam perjalanan untuk memburu saki baki kumpulan militan,” katanya.

sinar/-

Tiada ulasan: