18 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
SARAWAK 28 APRIL: Perbuatan menurunkan papan iklan yang menyentuh kes
pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Kuching, baru-baru ini menunjukkan
BN bimbang ia mengingatkan rakyat kepada kejadian yang cuba disorok itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari,
berkata kes yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak itu sangat
dekat dengan rakyat termasuk di Sarawak.
“Isu itu dekat dengan rakyat Sarawak. Jadi, BN arah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk turunkan papan tanda itu supaya tidak jadi bahan kempen.
“Apatah lagi, kes berkenaan tidak pernah diselesaikan secara
menyeluruh, malah mengaitkan Najib Razak yang hingga kini mengelak
menjawab,” katanya.
Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau percaya perbuatan menurunkan papan tanda yang dipasang DAP sempena kedatangan Najib 27 April lalu, gagal menyorok kes itu dari pengetahuan rakyat.
Kes itu kekal misteri berikutan motif sebenar pembunuhan Altantuya
belum terjawab. Anehnya, Mahkamah Tinggi Shah Alam 7 Mac 2012 menyatakan
ia tidak penting bagi kes pembunuhan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Nazib turut mempersoal tindakan kerajaan
Sarawak yang seolah-menyekat kebebasan pembangkang untuk berkempen
secara adil.
“Saya juga memasang papan tanda di bulatan Abang Kapali di Petra Jaya
mengenai masalah kesesakan jalan raya,” kata calon KEADILAN bagi
Parlimen Petra Jaya itu.
Sebaliknya, beliau berkata, polis memberi kata dua sama ada menukar
gambar pada papan tanda atau berdepan risiko diroboh, kononnya menyalahi
Akta Kesalahan Pilihan Raya.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan