16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan sidang Dewan Rakyat bagi penggal pertama Parlimen ke-13, sebentar tadi.
Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet serta perwakilan asing.
Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tiba di Bankuet Parlimen kira-kira jam 10 pagi, di mana ia yang sebelum ini diadakan di Dataran Parlimen terpaksa berlangsung di dalam bangunan berikutan masalah jerebu.
Selepas lagu "Negaraku" dimainkan, Tuanku Abdul Halim memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Mohd Fahmi Bashar.
3 ulasan:
Salam ustaz, saya nak beri pendapat.
Dulu orang PAS kata fahaman islam-hadhari adalah sesat, kini ada orang2 PAS terlibat dengan fahaman islam-demokrat, islam-sosialis, islam-kapitalis, islam-komunis. Kesemua ini adalah sesat semata-mata.
Islam itu sendiri adalah sistem pentadbiran/sistem politik,
Islam itu sendiri adalah sistem pemikiran,
Islam itu sendiri adalah sistem kemasyarakatan,
Islam itu sendiri adalah sistem ekonomi,
Islam itu sendiri adalah sistem kebudayaan,
Islam itu sendiri adalah sistem kesihatan,
Islam itu sendiri adalah sistem pemakanan,
pendek kata, Islam adalah sistem kehidupan yg syumul.
Saya tidak mengatakan bahawa perjuangan PAS salah, Jika PAS tetap berpegang dengan ISLAM yg syumul dan tidak mencampur-adukkan fahaman lain, perjuangan PAS adalah betul.
Perlulah ingat jamaah PAS menyertai pilihanraya-demokrasi adalah untuk mendapatkan kuasa dan bukannya beriman dengan demokrasi.
Jika PAS mencampur-adukan ISLAM dengan fahaman lain dan tidak diperbetulkan aqidah orang2 yang rosak mulai sekarang, nauzubillah min zalik pastinya Allah akan hancurkan jamaah ini.
Saya tidak membuat tuduhan melulu, ini adalah apa yang saya lihat & dengar sendiri. Pastinya ustaz juga tahu akan hal ini.
Saya harap ustaz boleh usulkan hal ini di muktamar PAS akan datang agar ahli2 PAS muhasabah diri apakah matlamat PAS yang sebenarnya dan pada masa yang sama fahaman yang rosak ini dapat dibendung dan diatasi sebelum bala Allah menimpa jamaah PAS.
Salam ustaz, saya nak beri pendapat.
Dulu orang PAS kata fahaman islam-hadhari adalah sesat, dan TG Hadi Awang kata orang islam berfahaman sekular (islam-sekular) adalah sesat.
kini ada orang2 PAS terlibat dengan fahaman islam-demokrat, islam-sosialis, islam-kapitalis, islam-komunis, islam-liberal. Kesemua ini adalah sesat semata-mata.
Islam itu sendiri adalah sistem pentadbiran/sistem politik,
Islam itu sendiri adalah sistem pemikiran,
Islam itu sendiri adalah sistem kemasyarakatan,
Islam itu sendiri adalah sistem ekonomi,
Islam itu sendiri adalah sistem kebudayaan,
Islam itu sendiri adalah sistem kesihatan,
Islam itu sendiri adalah sistem pemakanan,
pendek kata, Islam adalah sistem kehidupan yg syumul.
Saya tidak mengatakan bahawa perjuangan PAS salah, Jika PAS tetap berpegang dengan ISLAM yg syumul dan tidak mencampur-adukkan fahaman lain, perjuangan PAS adalah betul.
Perlulah diingatkan kepada jamaah bahawa PAS menyertai pilihanraya-demokrasi adalah untuk mendapatkan kuasa dan bukannya beriman dengan demokrasi.
Jika PAS mencampur-adukan ISLAM dengan fahaman lain dan tidak diperbetulkan aqidah orang2 yang rosak mulai sekarang, nauzubillah min zalik pastinya Allah akan hancurkan jamaah ini.
Saya tidak membuat tuduhan melulu, ini adalah apa yang saya lihat & dengar sendiri. Pastinya ustaz juga tahu akan hal ini.
Saya harap ustaz boleh usulkan hal ini di muktamar PAS akan datang agar ahli2 PAS muhasabah diri apakah matlamat PAS yang sebenarnya dan pada masa yang sama fahaman yang rosak ini dapat dibendung dan diatasi sebelum bala Allah menimpa jamaah PAS.
semoga sidang dewan rakyat berjalan dgn lancar
Catat Ulasan