25 Jun 2013

Ribuan sertai majlis Free Husam.

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-
(Orang ramai yang memenuhi majlis ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi)

KOTA BHARU: Dengan didengari oleh ribuan orang yang memenuhi sebuah dewan di sebuah sekolah, Umno didakwa terlibat dalam insiden penangkapan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan mendakwa insiden penahanan Husam merupakan antara permulaan perancangan Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum keempat belas (PRU-14).

Bagi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu tidak sepatutnya ditahan.

“Dengan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Husam itu, dia tak sepatutnya ditahan.  Cukuplah dia dipanggil untuk memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya.

Ketua Penerangan PAS Kelantan itu bercakap pada majlis ceramah perdana sempena pembebasan Husam di Dewan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Ma’rif, Pasir Tumboh malam tadi.


(Datuk Dr Fadhli berucap di majlis ceramah Free Husam malam tadi)

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri.

Hadir sama Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran Mohamed Zaki Ibrahim, Adun Tawang yang juga Pemangku Dewan Ulama PAS Kelantan Hassan Mahmood, Adun Gual Periuk Mohamad Awang. 

Ketua Lajnah Guaman PAS Kelantan Hisyam Fauzi, mantan Setiausaha Politik MB Kelantan Annual Bakri Haron dan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) Nazeri Deraman turut hadir.

Husam yang ditahan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sejak 23 Jun dan dibebaskan kira-kira 5.00 petang 24 Jun semalam dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta jaminan polis, dalam tempoh sebulan.

“Sekarang ini setiap pergerakan yang dibuat (badan-badan kerajaan), mesti ada perancangan Umno-BN, tambahan pula dia (Umno-BN) sedar bahawa (prestasinya) pada PRU-14 nanti dia amat teruk.  

"Jadi mereka akan buat perancangan daripada awal lagi supaya tidak berlaku sebagaimana pilihan raya baru-baru ini,  dia rasa nak mati sangat-sangat.  Jadi ini adalah perancangan dia, ini baru permulaan.

“Jadi ini sangat-sangat merisaukan kita," kata Fadhli.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah umat islam skrg. Benda salah pun nk disokong asal dari kem mrk. Tak boleh kah kita sokong kebenaran dan tentang kemungkaran tak kira dari kem mana ? Pada sy tindakan polis adalah betul krn kata2 husam sgt merbahaya.

liamsihaisa berkata...

kata-kaa husam yang tersangatlah bahaya tu apa ye. suruh rakyat berhimpun itu ker yang bahayanya. kalau suruh berhimpun untuk kpop boleh pulak ye

liamsihaisa berkata...

kata-kata yb husam yang teramatlah bahaya tu apa ye, suruh orang datang berhimpun tu bahaya ke. kalau mintak orang berhimpun untuk meruntuhkan nilai-nilai / akidah contohnya kpop tu tak bahaya pulak ye

Tanpa Nama berkata...

Pandangan tuan memang benar. Kita tidak boleh membenarkan yang salah lantaran yang berkata itu daripada kalangan kita. Oleh sebab itu, pihak keselamatan mesti berindak tegas kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan. Misalnya, apabila Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan rasis, sepatutnya dia juga ditangkap seperti Husam mengikut akta yang sama.