16 Syaaban 1434 H. [MOD] -
PYONGYANG - KOREA . Korea Utara menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai punca terhadap peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea.
Ketua Parti Rodang Sinmun turut menggesa Washington menamatkan segera operasi pembangunan ketenteraan dilakukan di negara itu yang dilihat sebagai satu provokasi.
AS tidak boleh menutup agenda mereka dengan mempergunakan pelbagai alasan sehingga ketegangan di Semenanjung Korea ini meningkat,” katanya.
Menurutnya, Washington sepatutnya menghentikan latihan ketenteraan dengan Korea Selatan selain tindakan mereka melakukan pelbagai ugutan terhadap Korea Utara.
Kenyataan itu disuarakan selepas Duta Korea Utara di PBB Dosa Son Ho menuntut menarikan semula perintah sekatan terhadap negaranya dan menuduh AS sengaja menambah bilangan tentera di Asia selepas lawatan Presiden Barack Obama dua bulan lalu.
“Ketegangan di Semenanjung Korea bukan berpunca daripada demonstrasi Parti Republik Demokratik Rakyat Korea tetapi ia berpunca daripada tindakan provokasi AS,” katanya menurut laporan Reuters.
Menurutnya, Korea Utara tidak akan berputus asa mempertahankan negaranya dan bersedia duduk di meja rundingan.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan