25 Jun 2013

Jerebu: Pelabuhan Klang dan Seri Manjung kekal catat IPU bahaya hingga 2 petang tadi

16 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kekal pada kategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatat 452 dan 322, setakat jam 2 petang ini 

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan tiga kawasan di Selangor iaitu Shah Alam, Banting dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200. 


Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad lepas terus menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan IPU terus menurun iaitu 127, berbanding 507 yang dicatat Ahad lepas. 




Setakat 2 petang ini, 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 26 sederhana dan dua kawasan iaitu di Limbang, Sarawak dan Tawau, Sabah adalah baik. 



Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah USM (113), Perai (112), Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (123); Jalan Tasek, Ipoh (156), SK Jalan Pegoh, Ipoh (200), Kampung Air Putih, Taiping (153), Tanjung Malim di Perak (177); Petaling Jaya, Selangor (185). 



Tempat lain ialah Batu Muda (174), Cheras di Kuala Lumpur (155); Putrajaya 
(180); Nilai (153), Seremban (141), Port Dickson di Negeri Sembilan (148); Bukit Rambai (147) dan Bandaraya Melaka (127).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. -- BERNAMA

Tiada ulasan: