10 Julai 2013

Ekspatriat makan, minum secara terbuka akan dihalau - Kerajaan Arab Saudi

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

RIYADH 10 Julai - Kerajaan Arab Saudi semalam menegaskan akan menghalau mana-mana ekspatriat bukan Islam yang didapati makan, minum atau merokok di tempat awam sepanjang bulan Ramadan.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, pekerja asing yang ditangkap berbuat demikian secara terbuka akan dikenakan hukuman setimpal termasuk pembatalan kontrak kerja serta diusir dari negara ini.
"Ekspatriat bukan Islam perlu menghormati kesucian bulan Ramadan dan menjaga perasaan orang Islam yang berpuasa.

“Setiap syarikat atau perniagaan individu perlu memaklumkan peraturan baharu itu kepada pekerja masing-masing," jelas kenyataan itu. - AFP

1 ulasan:

Khamsi Abdullah berkata...

MasyaAllah..ini baru betul. Nama pun negara Islam :')