1 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
MESIR: Hari ini masuk hari kelima pintu di sempadan Rafah ditutup oleh tentera Mesir selepas menjatuhkan Presiden Dr Muhammad Morsi melalui rampasan kuasa minggu lalu.
Akibat penutupan itu, ratusan warga Palestin di wilayah Mesir berkumpul dan berkampung di pintu tersebut menunggu ianya dibuka untuk ke Gaza.
Ianya termasuk para pesakit yang memerlukan rawatan segera di Hospital Mesir.
Perkara itu disahkan Menurut pegawai kementerian kesihatan Palestin, Dokter Asyrof kepada media.
“Setiap hari, puluhan warga Palestin yang menderita sakit menunggu dibukanya pintu perlintasan Rafah, agar mereka dapat segera berubat di Hospital Mesir atau tempat lainnya," katanya.
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza Islam Shahwan berkata, perbincangan sedang dilakukan antara pihak Palestin dengan Mesir untuk membuka kembali pintu Rafah.
Bagaimanapun katanya, tiada perjanjian rasmi untuk membukanya kembali dan pihak tentera Mesir memberi alasan penutupan tersebut atas faktor keselamatan.
Tentara Mesir menutup pintu Rafah pada hari Jumat lalu, iaitu dua hari setelah tentera membuat rampasan kuasa terhadap kerajaan pimpinan Presiden Morsi.
Ketika Morsi ditampuk kuasa hampir setahun sebelum ini, pintu Rafah dibuka bebas untuk rakyat Palestin mendapatkan keperluan dan perlindungan.
Pintu sempadan ini ditutup sepanjang 32 tahun Hosni Mubarak berkuasa.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan