1 Ramadhan1434 H. [MOD] -
LAMBIR
- Kampung Usaha Jaya Batu 8 jalan Miri Bintulu yang terletak lebih kurang 10
kilometer dari pusat bandaraya Miri masih terpinggir dari arus pembangunan dan
kemudahan asas.
Penduduk
Kampung Usaha Jaya Batu 8 mengadu yang mereka sudah lama menanti bekalan air
bersih untuk disambungkan ke rumah mereka tetapi sehingga kini mereka hanya
diberi tangki 1Malaysia sebagai tempat takungan tadahan air hujan.
Walaupun
Loji Perawatan Air LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) di Lambir hanya beberapa
kilometer saja dari kampung tersebut namum keperluan asas seperti bekalan air
bersih masih belum disambung ke tempat kediaman mereka. Cuma yang ada hanya
bekalan elektrik dan juga projek jalan desa yang belum siap sepenuhnya.
Perkara
ini sudah lama berlaku dan inilah masalah yang sering menjadi persoalan
penduduk kampung tersebut mengapa pihak yang berkenaan tidak dapat menyalur
bekalan air bersih ke kawasan mereka.
Mereka
amat perlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian terutama kepada penduduk
Islam yang mengerjakan ibadat puasa dan akan menyambut hari perayaan. Masalah
tiada bekalan air bersih kepada penduduk kampung ini akan menjadi lebih sukar apabila
berlaku kemarau panjang kerana air hujan yang ditakung dalam tangki tidak
mencukupi untuk kegunaan harian.
Disamping
masalah bekalan air bersih, keadaan jalan kampung yang masih belum bertar
sepenuhnya juga perlu diberi perhatian oleh pihak yang berwajib, walaupun
projek jalan desa sudah lama dijalankan tapi masih belum siap sepenuhnya. Keadaan
peparitan yang tidak teratur, jalan
tidak rata dan masih ada lopak, seharusnya tidak terjadi sekiranya projek jalan
desa dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak yang berkenaan.
Setelah
BN mencapai kejayaan besar dalam PRU13 yang lalu dan berjanji akan menepati
setiap janji, sepatutnya masalah bekalan air bersih di kawasan tersebut dapat
diatasi dan diberi keutamaan kerana penduduk di kawasan itu telah memberi
sokongan padu kepada kerajaan BN.
Semoga
masalah bekalan air bersih dan jalan penduduk Kampung Batu 8 ini dapat diatasi
dengan segera oleh pihak yang berkenaan. Dengan adanya bekalan air bersih
sekurang-kurangnya ini akan memberi kemudahan kepada penduduk kampung tersebut
terutama sekali kepada penduduk yang beragama Islam yang sedang mengerjakan
ibadat puasa. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah menadah air hujan di saat mereka amat
memerlukan air untuk kegunaan harian.
Kita
mengesa pihak yang berwajib mengambil perhatian dan bertindak segera mengatasi masalah
rakyat ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan
pihak yang berkenaan amat dihargai.
Jofri
Jaraiee
PAS
Miri, Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan