1 Ramadhan1434 H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar
Selamat Datang Ramadan 1434H, selamat kita melakukan ibadah puasa. Ibadah yang satu-satunya mampu menguji tahap ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Oleh sebab itu marilah kita mulakan siri ibadah Ramadan malam ini dengan solat Tarawih.
Solat Tarawih tidak akan ditemui kecuali pada bulan Ramadan, maka rebutlah peluang ini dengan memperbanyakkan jumlah rakaat pada solat Ramadan.
Mulakan juga membaca al-Quran pada setiap kali melakukan solat fardu lima waktu, sebelum dan selepas solat dua muka surat.
Seterusnya mulakan sahur pagi nanti dengan makanan yang boleh memberi tenaga sepanjang hari. Ingatlah bersahur adalah satu-satunya amalan yang membezakan puasa umat Islam dengan umat Yahudi.
Percayalah sesuatu yang dimulakan dengan betul dan bersungguh-sungguh akan menghasilkan natijah yang baik pada akhir Ramadan nanti. Selamat Menyambut Ramadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan