07 Ogos 2013

Hujan Sebelah Pagi di Tiga Negeri Esok & Jumaat - Jabatan Meteorologi


29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada sebelah pagi esok dan Jumaat ini.

Menurut jabatan itu dalam laman sesawangnya, hujan akan berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai bagi negeri berkenaan.
Ribut petir diramalkan berlaku di satu dua tempat bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada sebelah petang bagi tempoh dua hari berkenaan.

"Manakala Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka akan mengalami hujan sementara di satu dua tempat pada sebelah petang Jumaat ini," kata jabatan itu.
Sementara itu, tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi esok dan Jumaat ini di Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Namun, sembilan kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sarikei, Betong, Sri Aman, Mukah, Miri, Limbang dan Bintulu diramal berlaku ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang esok.
Bagi Sabah pula, kawasan Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan zon pedalaman akan turut dilanda ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang esok.
"Manakala semua bahagian di Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan diramal dilanda ribut petir di satu dua tempat pada Jumaat ini," kata jabatan itu.
Orang ramai boleh merujuk kepada laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia: http://www.met.gov.my, dan klik pada kolum 'Pengumuman' untuk mengetahui maklumat cuaca. - BERNAMA

Tiada ulasan: