07 Ogos 2013

Polis: Matikan peralatan elektrik sebelum cuti


29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



Polis semalam menasihatkan orang ramai yang ingin bercuti panjang semasa musim perayaan agar mematikan semua peralatan elektrik bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, seperti kebakaran.

"Kita tidak mahu peralatan elektrik terlalu panas atau berlaku litar pintas yang menjurus kepada kebakaran. Tidak kurang daripada lima kes kebakaran dilaporkan dalam tempoh dua lepas bulan.


"Jadi, usaha perlulah dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan tidak akan ada kejadian baharu," kata Timbalan Ketua Polis Sibu Supt Zayadi Sebeli kepada pemberita di Sibu semalam.

Beliau turut menasihat jiran tetangga agar menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan serta-merta jika melihat sebarang kejadian kebakaran dari rumah yang tidak berpenghuni, semasa musim perayaan.

Kejadian kebakaran terburuk di pekan ini berlaku pada 19 Jun lalu yang memusnahkan 60 buah rumah di Kampung Datu dan menyebabkan 144 keluarga terdiri daripada 597 orang, hilang tempat tinggal.

Kebakaran terbaharu ialah pada 1 Ogos lepas mengakibatkan 40 orang daripada 10 keluarga, hilang tempat tinggal apabila ia memusnahkan Rh. Rumah Panjang Franky, di Rantau Panjang.

- Bernama

Tiada ulasan: