Kira-kira dua juta jemaah membanjiri Masjidilharam semalam, ketika Ramadan semakin tiba ke penghujungnya.
Jumlah jemaah yang ramai menyebabkan pihak berkuasa Mekah menempatkan pasukan keselamatan, terutamanya di Masjidilharam dan beberapa kawasan utama yang lain bagi mengawal situasi dan keselamatan.
Selain itu, agensi-agensi kerajaan turut melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka, terutamanya melibatkan perubatan untuk kemudahan jemaah.
"Kira-kira 300 anggota keselamatan ditugaskan untuk berkawal dan membantu jemaah memudahkan urusan mereka," kata Pengarah Pusat Latihan Haji, Saad Al-Khlaiwi.
Ketua Pengarah Pertahanan Awam Mekah, Brigedier Khalaf Al-Mutrafi berkata, jumlah jemaah dijangka terus meningkat sehingga hari terakhir Ramadan, esok.
"Kami amat berbesar hati sekiranya jemaah dapat menunaikan ibadat dalam keadaan selesa dan selamat tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku," ujarnya.
Pergerakan jemaah di dalam Masjidilharam turut dipantau menerusi 750 skrin dan lebih 1,000 kamera litar tertutup (CCTV). - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan