07 Ogos 2013

India tuduh Pakistan tembak tenteranya

29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

SRINAGAR, India 7 Ogos - India hari ini menuduh tentera Pakistan membunuh lima anggota tenteranya di Kashmir, beberapa hari selepas bersedia untuk menyambung semula rundingan damai.

Walaupun tentera Pakistan menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu, tentera India berkata lima anggotanya terbunuh petang semalam di sebuah pangkalan yang terletak kira-kira 200 kilometer di selatan Srinagar.


“Tentera Pakistan menyerang pangkalan India, melanggar gencatan senjata itu dan membunuh lima anggota tentera kami," kata seorang pegawai kanan India yang enggan menyatakan namanya. - AFP



Tiada ulasan: