10 Syawal 1434 H. [MOD] -
TEHRAN: Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif mahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) campur tangan dalam hal ehwal negara anggotanya, Mesir untuk menghentikan keganasan yang melanda negara itu.
Zarif berkata, tindakan polis menggempur dua kem penunjuk perasaan yang menyokong Presiden yang digulingkan, Mohammed Morsi yang mengorbankan hampir 600 orang adalah satu tindakan kejam.
Beliau menyatakan perkara itu dalam panggilan telefon dengan Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dan kenyataan itu disiarkan dalam laman web stesen televisyen Iran hari ini.
Beliau mengutuk kejadian pertumpahan dan mahu keganasan berkenaan dihentikan.
Katanya, OIC seharusnya segera campur tangan dan mencari jalan ke arah keamanan.
Iran dan Mesir tidak mempunyai hubungan diplomatik lebih 30 tahun selepas Mesir menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1979.
Bagaimanapun Tehran mula mempunyai hubungan tidak langsung dengan Mesir sejak Morsi memerintah pada 2011 yang menyaksikan berakirnya era pemerintahan Hosni Mubarak. - AFP
1 ulasan:
kah kah kah!
Ikhwan mendapat pengajaran berguna,
1- Kelompok Kristian Qibti di Mesir adalah musuh dalam selimut dan luar selimut kepada Islam di Mesir.
Selama ini yang memelihara dan mempertahankan mereka adalah Ikhwan atas dasar kebebasan hidu beragama, namun mereka sentiasa menenti masa untuk membunuh Islam dan penganutnya di Mesir.
2- Kelompok ahli agama al-Azhar yang ada kaitan dengan Hosni Mubarak sebelum ini, adalah Munafiq kepada agama Islam yang dinama kelompok Abdullah Bin Ubai zaman moden.
Mereka dipilih untuk oleh Mubarak kerana kebodohan dan lurus bendul mereka. Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan ilmu yang mereka miliki, kecuali menjadi terompah kayu kepada musuh islam.
3- Kelompok Salafi yang menjadi duri dalam daging kepada Ikhwan selama ini, sebenarnya adalah musuh kepada agama Islam yang ditaja oleh kerajaan Saudi. Dengan menggunakan gerakan menentang bidaah dan memelihara tauhid, mereka sebenarnya ejen kepada yahudi. Mereka bernaung dibawah tapak kaki raja-raja negara teluk yang menindas dan memusuhi Islam (najis ini juga membiak subur di Negara kita).
Namun Ikhwan Mesir memperolehi kejayaan dan memiliki kekuatan tersendiri dengan kejatuhan Mursi sebagai Presiden Mesir :
1- Umat Islam di Mesir telah memecah persoalan""adakah Ikhwan diterima oleh Rakyat Mesir?". Mereka yang tidak pernah dididik dan diperkenalkan dengan gerakan Ikhwan sebelum ini secara tiba-tiba berpusu-pusu bangkit menjadi benting kepada Ikhwan. (75% rakyat Mesir telah menjadi penyokong 4% ahli Ikhwan ).
2- Anak didik Hasan al-Bana bukan sahaja bertompok di Mesir, bahkan mereka telah menjadi suara terbanyak di kalangan Umat Islam diserata dunia. Walaupun mereka memiliki nama yang berbeza, namun pada asasnya mereka adalah murid kepada Ikhwan.
3- Ikhwan akan merasa bangga bahawa anak didik mereka adalah umat Islam pilihan, bukam sahaja menuturkan keinggian Islam dengan lidah. Bahkan keikhlasan mereka terbukti dengan kesanggupan mengorbankan nyawa dan darah demi Islam dan kebebasan.
Selepas keganasan di Mesir, percayalah! bahawa umat Islam akan melihat satu persatu raja-raja Arab akan tersungkur kepada kebangkitan rakyat mereka sendiri.
Catat Ulasan