17 Ogos 2013

Bantah kekejaman Mesir, 1000 berhimpun di P.Pinang


10 Syawal 1434 H. [MOD] -

harakahdaily.net


PERMATANG PAUH: Kira-kira 1000 Umat Islam mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah kudeta Mesir yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek Permatang Janggus, di sini selepas solat Jumaat hari ini.

Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Mohd Noor Harun dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin, 

Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Fauzi Mohd Yusuf, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul  Nizal Zakaria dan Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ridwan Ramli.

Kedatangan Umat Islam hari ini bukan setakat menunaikan solat fardhu Jumaat namun juga untuk bersolidariti buat rakyat Mesir.

Tindakan Kerajaan Mesir melancarkan operasi ganas sejak dua hari lalu mengakibatkan kematian lebih 2500 orang yang tidak berdosa.

Berucap dalam perhimpunan itu, semua pemidato melahirkan rasa kesal dengan tindakan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pemerintahan kudeta Mesir hari ini.

Apa yang digerakan oleh pemerintahan Mesir sejak berlakunya pengulingan Presiden Mohamad Morsi sebulan lalu bermatlamat membunuh demokrasi tulen setelah keputusan kemenangan Morsi disenangi rakyat manakala dalam masa yang sama mendukacitakan musuh terutamanya blok barat.

Tiada ulasan: