10 Syawal 1434 H. [MOD] -
MANGSA yang terselamat dalam tragedi feri penumpang Thomas Aquinas berlanggar dengan kapal kargo dibantu anggota keselamatan ketika tiba di hospital di Cebu, Filipina, pagi ini. 24 maut dan hampir 300 mangsa masih hilang selepas feri berkenaan tenggelam dalam kejadian itu. - Foto AFP
CEBU: Sekurang-kurangnya 24 maut, 274 masih hilang apabila sebuah feri karam akibat bertembung dengan sebuah kapal kargo, malam tadi.
Feri Thomas Aquinas terbabit membawa 870 penumpang ketika berlanggar dengan kapal kargo berkenaan berdekatan Pelabuhan Cebu, kata Naib Komandan Agensi Pengawal Pantai Filipina, Luis Tuason.
Beliau berkata, 572 lagi penumpang feri berjaya diselamatkan. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan