17 August 2013

Himpunan munajat tanda sokongan pada rakyat Mesir

10 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/- 

KUALA LUMPUR: Padang Merbok yang menjadi lokasi Himpunan Munajat 100 ribu mula dilimpahi hampir 2000 hadirin, petang ini bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir yang dizalimi.

Program bermula dengan solat asar diikuti pidato daripada para pemimpin PAS.
Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah.

Ketika ini, wakil kerajaan negeri Kelantan sedang menyampaikan pidatonya.

Selain rakyat Malaysia, kelihatan juga beberapa rakyat Mesir turut bersama-sama menyertai himpunan ini.

Pergolakan di Mesir bermula apabila pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi dan menahan beliau di suatu tempat yang tidak diketahui.

Berikutan penggulingan tersebut, ribuan rakyat Mesir, khususnya penyokong Morsi berhimpun di beberapa lokasi bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa tersebut.

No comments: