17 August 2013

Pasukan keselamatan Mesir kepung masjid


10 Syawal 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Anggota keselamatan Mesir hari ini mengepung sebuah masjid di ibu negara berkenaan di mana penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden, Mohammed Morsi berkumpul dengan kedua-dua pihak dilaporkan berbalas tembakan. 


Penunjuk perasaan menjadikan Masjid Al-Fath di kawasan Ramsis sebagai benteng terakhir mereka selepas berlaku pertempuran dengan askar dan polis Mesir sejak dua hari lalu. - AFP 

No comments: