NEW DELHI 13 Sept. - Satu perintah berkurung dikuatkuasakan di wilayah Kashmir yang ditadbir India semalam selepas satu demonstrasi membantah kematian seorang awam yang didakwa ditembak mati polis separa tentera.
Pemandu bas, Muhammad Rafi Rather, 28, sebelum itu dilaporkan dibunuh anggota Pasukan Polis Simpanan Pusat di daerah Sophian, malam kelmarin.
Menurut penduduk, kejadian berlaku tanpa sebarang provokasi namun jurucakap polis separa tentera itu menafikan berlaku tembakan yang dilepaskan pasukan tersebut.
Selain Sophian, polis turut menguatkuasakan langkah sama di daerah Kulgam dan Pulwama selepas tunjuk perasaan yang menyaksikan kumpulan perusuh melontar batu dan melaungkan slogan anti-India. - DPA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan