13 September 2013

Muslimat lancar tabung bantu keluarga Ops Bubar

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 peserta demonstrasi yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda 5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala kangsar.

Mereka dibicarakan dan didapati bersalah kerana menyertai demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan semasa dalam Ops Bubar Perak pada 6 Februari 2009.

"DMPP sebagai tanda solidariti dan zahirkan keprihatinan melancarkan tabung segera ini bagi meringankan beban keluarga mereka yang pasti belum bersedia menerima keputusan ini.

"Rata-rata mereka isteri tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah. Sokongan dan kasih sayang semua sangat diharapkan," kata Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank DMPP 564025400711.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp: 0192135353 atau emailpsu1.dmpp@pas.org.my

Menurut Aiman juga, DMPP terkejut dengan keputusan hakim yang tidak membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman malah terus digari dan dibawa ke Penjara Tapah.


Tiada ulasan: