13 September 2013

PR Perak bersolidariti buat keluarga Ops Bubar

7 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak akan berkumpul di hadapan penjara Tapah malam ini bagi menunjukan solidariti dan sokongan moral kepada 13 peserta demonstrasi Ops Bubar.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beliau bersama-sama pemimpin lain akan hadir bersolidariti pada malam ini.

"PAS Perak dan Pakatan rakyat akan ke penjara Tapah malam ini untuk menyatakan sokongan kita kepada mereka semua," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.


Mengulas keputusan hari ini, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menyifatkan ianya satu lagi episod hitam dalam sistem keadilan negara ini.

Menurutnya, PAS akan cuba membantu mangsa yang ditahan dan meminta ahli keluarga bersabar dengan ujian yang menimpa.

"Para paguam kita akan segera mengemukakan permohonan Selasa ini untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman sementara rayuan dikemukakan," katanya lagi.

Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pagi tadi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu.

Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM5,000.

No comments: