23 October 2013

Laporan langsung penamaan calon PRK Sg Limau

18 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
JERAI: Hari ini berlangsungnya proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecdil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau, Kedah.

Pusat Penamaan calon hari ini ditetapkan di Dewan Dato' Madi, Yan.

Kelmarin, PAS mengumumkan Ustaz Mohd Azam Abdul Samat sebagai calon mereka yang akan menentang calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.


LAPORAN LANGSUNG
9.03am - Calon PAS, Ustaz Azam dilihatmasuk ke dewan pusat penamaan untuk menyerahkan borang pencalonan, Beliau diiringi pencadang dan penyokong.

9.00am - Pegawai SPR mengumumkan pusat penamaan calon dibuka tetapt jam 9 pagi ini.

8.50am - Kelihatan calon BN, Ahmad Sohaimi tiba di pusat penamaan diiringi pemimpin tertinggi parti itu.

8.40am - Dewan pusat penamaan hanya akan dibuka jam 9 pagi. Sementara menunggu, mereka dilihat ditempatkan di khemah khas yang disediakan SPR di perkarangan dewan.

8.35am - Turut dilihat hadir, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli serta Dr Siti Mariah Mahmud. kesemua mereka bersama Presiden PAS serta calon, Ustaz Azam dilihat masuk ke perkarangan pusat penamaan.

8.30am - Perarakan tiba di pintu pagar pusat penamaan calon, Dewan Dato' Madi. Keadaan terkawal dengan kerjasama pihak polis.

8.25am - Perarakan diiringi laugan takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta laungan hidup Islam dengan pasukan petugas unit amal mengawal keselamatan dan lalulintas.

8.20am - Presiden PAS mengetuaiperarakan. Antara pimpinan utama Pakatan yang dilihat turut serta termasukPesuruhjaya PAS Kedah Datuk MahfuzOmar, Timbalan Presiden PKR MohamadAzmin Ali dan Ahli Parlimen Sg PetaniDatuk Johari Abdul.

8.15am - Perarakan ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid dimulakan. Lebih 2000 penyokong menyertai perarakan.

8.08am - Calon PAS, Ustaz Azam tiba di masjid, beliau berpakaian baju Melayu hijau bersampin dan dilihat menunaikan solat hajat dan berdoa sejurus tiba.

8.05am - Presiden PAS mengimami solat hajat. lebih 500 orang sudah berada di masjid ketika ini.

8.00am - Keadaan cuaca baik. Penyokongmula memenuhi perkarangan masjid.

7.50am - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di Masjid Jamek Badlishah. Difahamkan beliau akan mengimami solat hajat sebelum mengetuai perarakan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.

7,30am - Orang ramai khususnya penyokong-penyokong parti mula membanjiri pekan Yan, keadaan lalulintas terkawal.

No comments: