ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Korea Selatan berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah runtuhan bangunan di Gyeongju, selatan Seoul, negara itu, hari ini. - Foto REUTERSKira-kira 450 pelajar dipercayai menghadiri persembahan konsert di bangunan terbabit apabila bumbung auditorium itu runtuh pada kira-kira jam 9.15 malam waktu tempatan.
Pegawai polis berkata, 10 orang disahkan mati dan sekurang-kurangnya 12 lagi masih terperangkap dalam bangunan berkenaan berbanding 50 orang pada awal kejadian.
Sembilan yang terkorban ialah pelajar kolej manakala mangsa kesepuluh dipercayai penganjur konsert. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan