- NASRUDIN HASSAN
Ekonomi Berkat. Vol 10
1.Seperti juga tata kelola perbankan Islam yang dipandu oleh jawatankuasa syariah, bukankah menjadi suatu praktis unggul bagi kerajaan mempunyai jawatankuasa syariah kewangannya yang tersendiri? Yang menjadi keutamaan ialah memastikan aliran sumber kewangan untuk membiaya emolumen perkhidmatan awam yang sepatutnya dibayar dengan hasil yang jelas halalnya.
2.Hal ini kerana wang gaji dan elaun yang diberikan akan digunakan untuk membiaya kehidupan berkeluarga, makan dan minum suami, isteri dan anak-anak. Apakah pengasingan ini sudah berlaku atau pun sekadar isu picisan dalam kepedulian pemerintah? Di manakah cakna kerajaan dalam soal ini jika mahu ekonomi kita berkat .
3.Agenda keempat - “Percukaian dan Negara Berkebajikan”

Satu dari sisi penting idea kenegaraan PAS iaitu “Negara Berkebajikan” ialah komponen cukai. Percukaian di negara-negara kebajikan konvensional secara puratanya adalah tinggi tetapi Negara Berkebajikan menyasarkan cukai hanya sekadar keperluan. Justeru itu kita menolak GST bukan atas sebab nama GST semata-mata. Kita menolak GST kerana kita tahu, rakyat tahu, malah kerajaan pun tahu bahawa negara belum lagi kehabisan idea dan kaedah untuk melakukan penjimatan, mengawal kos, membanteras rasuah, kebocoran dan ketirisan sebelum sesuatu cukai baru atau cukai ganti khususnya cukai seperti GST dilaksanakan.
4.Pemerintah perlu sedar bahawa cukai dilakukan cuma dalam keadaan terpaksa. Tetapi malang bagi pemerintah, cukai seperti GST menjadi sumber baru pendapatan dan kekayaan negara. Inilah yang dikatakan sebagai “berniaga dengan rakyat”. Satu sudut dilihat Kerajaan memberi. BRIM, baucer buku dan sebagainya, kita perlu sedar, itu adalah pemberian yang sumbernya dipungut dari rakyat - setelah pendapatan rakyat diambil oleh kerajaan melalui cukai pendapatan. Sekarang Kerajaan nak ambil lagi, kali ini daripada perbelanjaan rakyat pula melalui GST. Sudahlah sebelum ini rakyat berdepan pemotongan subsidi bahan bakar, pemotongan 34 sen subsidi gula dan sebagainya. Inilah disebut sebagai Belanjawan Untuk Rakyat dari Rakyat. Dia bagi kepada rakyat, apa yang diambil daripada rakyat. Zahirnya nampak kerajaan beri kepada rakyat, kemudian ambil balik. Orang kampung kata inilah perbuatan "buruk siku"
5.Selayaknya, sebelum GST dikenakan ke atas rakyat:
a.Siasat dan bawa kepada pengadilan, mereka yang menyebabkan kehilangan saham-saham peruntukan Bumiputera berjumlah 52 billion ringgit. Jumlah ini pastinya ada disesuatu tempat dan kembalikan semula ke khazanah rakyat.
b.Potong penggunaan jet peribadi kerajaan yang telah melibatkan perbelanjaan 104 juta ringgit dalam masa 3 tahun! Potong juga penggunaan elektrik yang berjumlah sehingga 110 juta ringgit manakala 1.9 juta ringgit untuk bil air untuk rumah Perdana Menteri dan timbalan Perdana Menteri
c.Tangguhkan program yang kurang nilai tambah. Contoh yang dibangkitkan oleh rakyat ialah seperti program PLKN yang berjumlah 800 juta ringgit setahun.
Nasrudin Hassan ialah Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan