Pusat bagi Mengekalkan Keamanan dan Ketenteraman Thailand (CMPO) akan melakukan satu lagi ikhtiar hari ini bagi menuntut kembali lima tapak bantahan daripada penunjuk perasaan antikerajaan.
Operasi ini dipanggil 'Misi Keamanan Bagi Bangkok' namun berpotensi mencetuskan konfrontasi dengan penunjuk perasaan.
Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran NBT (stesen TV kerajaan) dan saluran MCOT untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa kerajaan patuh kepada kedaulatan undang-undang dalam melaksanakan operasi itu, kata Sunisa Lertpakawat, timbalan jurucakap kerajaan sementara.
Lima lokasi yang disasarkan adalah kawasan Rumah Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri di daerah Pranakorn, Rachadumnoen Avenue, Kementerian Tenaga dan Chaegwattana (pusat Kompleks Kerajaan).
Chalerm Yubamrung, Menteri Buruh kerajaan sementara dan pengarah CMPO, berkata anggota media yang ingin memantau operasi itu boleh tunggu sedia di pejabat polis metropolitan pada 8 pagi esok.
Beliau tidak menyatakan tempat yang akan menjadi sasaran pertama operasi itu tetapi satu lokasi yang pihak berkuasa berazam untuk menuntut kembali daripada penunjuk perasaan adalah tapak perhimpunan berhampiran Rumah Kerajaan, yang menempatkan pejabat perdana menteri.
Chalerm enggan mendedahkan waktu untuk menjalankan operasi menuntut kembali kawasan berhampiran Rumah Kerajaan, namun berkata ia bergantung kepada keadaan.
Polis mengosongkan tapak bantahan sejak minggu lepas, tetapi apabila mereka beredar beberapa jam kemudian, penunjuk perasaan datang semula menduduki tapak berkenaan.
Berdasarkan insiden pagi semalam, apabila beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan mengepung Rumah Kerajaan ekoran khabar angin bahawa Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra akan kembali bertugas di pejabat, tugas untuk menyuraikan penunjuk perasaan akan menjadi sangat mencabar.
Ia berdekatan lokasi Rangkaian Pelajar dan Rakyat bagi Pembaharuan Thailand (NSPRT), iaitu sebuah kumpulan yang sangat lantang bersuara dalam kalangan kumpulan penunjuk perasaan dan berkemungkinan memberi tentangan paling hebat.
Bagaimanapun, Chalerm dilaporkan berkata Yingluck akan dapat kembali bekerja di Rumah Kerajaan minggu ini.
Yingluck terpaksa bekerja dari pejabat sementara di pejabat Setiausaha Tetap Pertahanan bagi mengelak konfrontasi dengan penunjuk perasaan, manakala mesyuarat mingguan Kabinet diadakan di ibu pejabat Tentera Udara Diraja Thai di Don Muang.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan