LONDON: Penyerang Liverpool Mohamed Salah memecahkan rekod sebagai pemain Afrika yang menjaringkan gol terbanyak di Liga Perdana Inggeris - mengatasi legenda Chelsea dan Ivory Coast Didier Drogba.
Sebelum aksi menentang Manchester di Old Trafford, pemain Mesir itu berkongsi kedudukan dengan Drogba pada 104 gol.
Selepas meledak hatrik dalam kemenangan 5-0 itu, Salah kini mengumpul 107 gol dalam 167 perlawanan - kurang 87 perlawanan berbanding Drogba.
Drogba masih memegang rekod berkenaan sebelum Liverpool bertemu Watford, tetapi selepas empat gol dalam dua perlawanan, Salah kini dianggap sebagai Raja Afrika dalam saingan Liga Perdana Inggeris sepanjang zaman.
Legenda Chelsea itu berbangga dengan pencapaian Salah serta seorang lagi pemain dari benua Afrika, Sadio Mane yang turut menjadi tonggak serangan Liverpool.
"Raja baharu sudah tiba @MoSalah @SMane_Officiel," tulis Drogba di laman Twitter. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan