KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kali Kedua Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah diadakan semalam yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan antara perkara yang dibincangkan adalah pelantikan bagi jawatan-jawatan eksekutif berdasarkan peruntukan Fasal 25(4), 25(5) dan 39(4) Perlembagaan PAS, iaitu Ketua Penerangan, Penolong Setiausaha Agung, Ahli Jawatankuasa Dilantik dan Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata, senarai pelantikan terdiri daripada Ketua Penerangan iaitu Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin, Penolong Setiausaha Agung ialah Khairul Faizi Ahmad Kamil, Khairul Fahmi Matsom dan Mohd Syahir Che Sulaiman.
Tambahnya, Ahli Jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada Ustaz Nik Mohamad Abduh Abdul Aziz, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Datuk Awang Hashim, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Dr. Mohd Mazri Yahya, Wan Rohimi Wan Daud, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Dato’ Dr Abd. Hakeem Johari.
Katanya lagi, Pesuruhjaya PAS negeri pula ialah Mohd Shukri Ramli (Perlis), Senator Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya (Kedah), Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob (Kelantan), Senator Dato’ Ustaz Husin Awang (Terengganu), Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff (Pulau Pinang), Razman Zakaria (Perak), Ustaz Rosli Abdul Jabar (Pahang) Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi (Selangor), Ustaz Azhar Yahya (Wilayah Persekutuan), Rafiei Mustapha (Negeri Sembilan), Ustaz Zulkifli Ismail (Melaka), Ustaz Abdullah Husin (Johor), Paumin @ Mohd Aminuddin Aling (Sabah) dan Jofri Jaraiee (Sarawak)
“Selain itu, mesyuarat turut bersetuju untuk mengadakan suatu program khas bagi memperingati Ulang Tahun Penubuhan PAS yang ke-70 yang akan diadakan pada Ahad, 12 Disember 2021, di Kuala Terengganu,” ujarnya dalam satu kenyataan, malam ini.
Senarai penuh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi sesi 2021-2023.
Presiden: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden: Senator Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden: Ustaz Dato’ Mohd Amar Abdullah
Naib Presiden: Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Ketua Dewan Ulamak: Ustaz Dr. Nik Muhd Zawawi Salleh
Ketua Dewan Pemuda Pusat: Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Dewan Muslimat Pusat: Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua DHPP: Senator N. Balasubramaniam A/L Nachiappan
Setiausaha Agung: Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Bendahari: Dato’ Iskandar Abdul Samad
Ketua Penerangan: Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pengarah Pilihan Raya: Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi Matsom
Penolong Setiausaha Agung 3: Mohd Syahir Che Sulaiman
Ahli Jawatankuasa Kerja
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Kamaruzaman Mohamad
Dr Riduan Mohamad Nor
Dr. Hajjah Halimah Ali
Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan
Datuk Ustaz Ahmad Marzuk Shaari
Dato’ Mohd Nassuruddin Daud
Dr. Hajjah Najihahtussalehah Ahmad
Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff
Dr Azman Ibrahim
Ustaz Nasrudin Hassan
Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim
Dr. Aliakhbar Gulasan
Dato’ Ustaz Dr Mahfodz Mohamed
Dr Rosni Adam
Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali
Datuk Awang Hashim
Ustaz Misbahul Munir Masduki
Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Dr. Mohd Mazri Yahya
Wan Rohimi Wan Daud
DrMohd Zuhdi Marzuki
Dato’ Dr Abd. Hakeem Johari
Pesuruhjaya PAS Negeri
Perlis: Mohd Shukri Ramli Perlis
Kedah: Senator Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya
Kelantan: Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob
Terengganu: Senator Dato’ Ustaz Husin Awang
Pulau Pinang: Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff
Perak: Razman Zakaria
Pahang: Ustaz Rosli Abdul Jabar
Selangor: Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi
Wilayah Persekutuan: Ustaz Azhar Yahya
Negeri Sembilan: Rafiei Mustapha
Melaka: Ustaz Zulkifli Ismail
Johor: Ustaz Abdullah Husin
Sabah: Paumin @ Mohd Aminuddin Aling
Sarawak: Jofri Jaraiee – HARAKAHDAILY 22/11/2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan