19 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki trauma apabila menjadi mangsa samun dua penjenayah bersenjatakan pisau pemotong daging yang menyamar sebagai penumpang sebuah bas mini dalam kejadian di Kajang baru-baru ini.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai JD Yeo, 18, berkata, ketika kejadian pada pukul 8 malam, 9 Januari lalu, dia baru lima minit menaiki bas mini tersebut dari Stesen Komuter Kajang untuk pulang ke rumahnya di Taman Reko Jaya di Kajang.