6 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUCHING: Selepas spekulasi berterusan mengenai masa depannya dalam politik diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, orang kuat Sarawak ,Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini dilihat bersedia untuk melepaskan jawatannya.
Namun dalam masa yang sama cakap-cakap mula kedengaran bahawa Ketua Menteri itu turut bersedia untuk dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri.
Ramai di kalangan ahli politik dan pengamal media berpendapat keinginannya untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri hampir pasti selepas pengumuman bahawa tempoh bagi Ketua Negara Tun Muhammad Salahuddin akan hanya dilanjutkan daripada 5 Disember 2013 sehingga 28 Februari tahun ini.
Jangkaan itu mula timbul selepas pemimpin yang memerintah Sarawak sejak 1981 itu memanggil mesyuarat tergempar bersama Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri hujung minggu ini.